Sunday, August 10, 2008

Sya'ban 1429

Salam.

Sekarang dah hampir habis permulaan Sy'aban. Sekejap sahaja masa berlalu. Lama juga tak jengah di blog ni. Berita terbaru hanya nak bagitau, suri akan buat beberapa jenis kuih raya untuk tempahan Aidilfitri nanti. Tak buat banyak2 sebab nak tumpu bulan Ramadhan akan datang. Antara biskut yang akan dijual adalah :-

Almond Landon 1 bekas RM20
Snow White 1 bekas RM20
Tart Nenas 1 bekas RM20
Almond Flakes 1 bekas RM18
Flakes with Raisin 1 bekas RM18

Gambar nanti suri upload.

Friday, May 30, 2008

Cup cakes


Cupcakes yang telahsiap untuk di hantar pada customer dan sebahagian untuk di bawa balik ke kampung

kek Coklat bakar



Kek yang ditempah untuk raikan jamuan perpisahan staff Naluri. Topping ganache dan taburan badam hancur

Mukjizatnya Azan

Assalammulaikum....marilah kita ambil pengajarannya bersama & saling ingat-mengingati....

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya .

Renungan ketika senang...

Tuesday, May 27, 2008

Pot Luck

Puding Caramel
Kuih Bakar
Baked Sandwich yg tak jadi hahaha..Nanti leh cuba resepi yg betul plak. @ kat atas tu untuk pot luck di office. Bawah tu try and error..so dah tau resepi sebenar, nanti buat lain.

Moist Banana Cake

kek pisang. Very moist. Tanpa bahan pengawet, perasa atau pewarna. Rasa dan bau pisang yang asli.

Ayat- ayat Allah


Insya Allah...dengan izin-Nya..Selamat mencuba


Ayat-Ayat Allah Based on a true story from others...........

Alhamdullillah.... I'm an acute migraine sufferer to the extent of vomitting and becoming imbalanced. Every time it happens, I have to take antacid & synflex. Antacid is to line the stomach before taking synflex which is a stronger pain killer than Panadol. This is to let you know the strength of synflex is so much so that I have to take antacid prior to swallowing synflex. This worries me quite a bit as taking pain killers posed other health concerns later. I've tried many times to manage it without swallowing synflex but it got worse. Hence, I'm resigned to probably take synflex for the rest of my life at that time.

Then, one day one of you had so kind heartedly emailed me the ways and hows to cure headache by one Singaporean Ustazah (sorry can't remember the name of the sender as well as the Ustazah). The method includes reading this ayat. I've tried it and Alhamdullillah, being a bad migraine sufferer, I'm amazed at the miraculous cure! However, you have to do it repeatedly.

For once in my life, I did not need to take synflex! You see, strangely about migraine sufferer, we can feel when the attacks are coming and when it starts to ebb away. So, friends, save this method onto your handphone "Notes" or "To-do List" so that when you have a headache and with strong conviction, do the method, Insyaallah, it will work !<>>
1. Read Al-Fateha (1x)
2. Read Surah Al-Ikhlas (3xs )
3. Read Surah Yassin ayat ke 58 "Sala mun Qaulan Minrabbirrahim" (3xs)
4. Read Selawat (3xs)

What I did was, I blew it on my palms and put my palms on my head for a while. After that, I repeat the whole process again. I hope by sharing this experience, we become more confident of ayat2 Allah. Another sister has shared her experience below. Please read. This ayat is really powerful!

True story: My story. My sister was staying with me some months ago. My sister was bleeding profusely akibat pendarahan dalaman (internal bleeding). Teringatkan Pak Kiai di Rawang yang sering merawat sister itu, I asked my niece to call and ask him what we should do? He said "baca ayat 58 dari surah Yassin dan niat sambil meniup ke arah duburnya bagi menghentikan pendarahan tersebut". So my niece pun buatlah. A few seconds later darah pun berhenti. Oh god, what a miracle, Alhamdullilah, leganya.

From that day onwards, itulah yang saya buat apabila ada orang yang perlu bantuan menghentikan pendarahan. Yakinlah dgn ayat2 Allah.


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA ALLAH YA RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA ALLAH YA RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai Islam
3) YA ALLAH YA RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.
4) YA ALLAH YA JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
5) YA ALLAH YA MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA ALLAH YA WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad s.a.w yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA ALLAH YA ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... AMINnnn.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenarnya.....

petikan dari email..

Monday, April 21, 2008

Mengisi masa





Cheese tart dan pie nenas. Sebenarnya inti nenas tu nak buat tart, tapi seronok buat cheese tart, ada baki doh, suri masukkan inti nenas ni. Oleh kerana kulit tak selembut tart nenas, kenalah gelarkan Pie Nenas.Cheese tart/pie nenas ni yang saiz besar, kalau jual RM1.60 sebiji. Meh jamu mata

Jalan2 ke Perlis





















Assalamualaikum...




lama suri tak update blog ni. Untuk pengetahuan semua, kebelakangan ni, suri terlalu bz sampai tak sempat nak jengah blog sendiri atau pun kawan2 yang lain. Ok, untuk tatapan pembaca dan kawan2, meh cuci mata dgn JO cendol yg popular serta pulut mangga di Perlis. BEst betul cendol ni..meleleh air liur tgk..heheh.Pulut tu plak bagi suri okla. Mungkin tak biasa makan, so tak leh nak habiskan. Biasa mkn dengan durian. Sekurang2nya dpt gak rasa bila orang tanya. Sempat juga suri tengok perlawanan akhir bola sepak 'Sukan Politeknik Muhibah' antara Politeknik Terengganu vs Politeknik Perlis. Pasukan Oren tu Poli Perlis dpt tempat ke-2.

Tuesday, March 18, 2008

Wan Azizah dicadang ketua pembangkang

Wan Azizah dicadang ketua pembangkang

KUALA LUMPUR: Pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas bersetuju mencadangkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang bagi penggal Dewan Rakyat sekarang. Persetujuan itu dinyatakan dalam kenyataan bersama oleh ketiga-tiga pemimpin parti berkenaan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) yang juga Ketua Pembangkang sebelum ini. Menurut kenyataan itu, dalam pertemuan malam tadi, ketiga-tiga pemimpin itu juga bersetuju agar Wan Azizah menjadi ketua pembangkang sehingga Anwar bertanding dan memenangi kerusi Parlimen. — Bernama

Kabinet baru

Kabinet cetus pembaharuan

Senarai menteri gambarkan tekad PM ambil kira pandangan rakyatPUTRAJAYA: Kabinet baru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyaksikan keanggotaan lebih kecil dengan separuh daripadanya muka baru serta pengguguran tujuh menteri, sama ada yang sudah lama berkhidmat, tidak berkesan atau mencetuskan kontroversi. Walaupun beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada pilihan raya umum lalu, pentadbiran baru itu mengekalkan keseimbangan kaum dengan lebih ramai wakil dari Sabah dan Sarawak serta reformis dan teknokrat dilantik menyertai Kabinet.
Malah, senarai Kabinet baru itu menggambarkan tekad Perdana Menteri untuk membuat perubahan dengan mengambil kira pandangan dan suara pengundi pada pilihan raya umum lalu yang hampir separuh daripadanya memilih menentang BN hingga mengakibatkan kekalahan paling teruk gabungan itu sejak 1969. Semua jawatan Setiausaha Parlimen dimansuhkan bagi memastikan menteri dan timbalan menteri bekerja lebih keras termasuk menghadiri sidang Parlimen. Pada sidang media khas di Bangunan Perdana Putra di sini yang disiarkan secara langsung menerusi RTM dan TV3, Abdullah mengumumkan keanggotaan pentadbiran baru kali ini dikurangkan daripada 90 kepada 68 anggota.

Ia kini dianggotai 31 menteri dan 37 timbalan menteri, berbanding 31 menteri, 39 timbalan menteri dan 20 Setiausaha Parlimen sebelum ini. Abdullah juga merombak Kabinet yang diwarisi daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003, yang sebelum ini hanya dilakukannya secara minimum di sebalik kemenangan besarnya pada pilihan raya umum 2004. Muka lama yang tidak disenangi pengundi seperti Datuk Seri S Samy Vellu dan menteri yang tidak popular tetapi masih dicalonkan seperti Datuk Seri Zainuddin Maidin dan Datuk Aziz Shamsuddin, kini tidak lagi disenaraikan dalam barisan Kabinet. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, yang sudah lama berkhidmat dalam Kabinet, digugurkan. Begitu juga dengan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dalam kes klip video Lingam walaupun beliau menafikan segala dakwaan terhadapnya.

Selain Rafidah dan Tengku Adnan, lima lagi menteri yang menang pada pilihan raya umum lalu - Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, Datuk Dr Abdullah Md Zin, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn serta dua menteri dari Perlis yang terbabit dalam krisis kepimpinan di negeri kecil itu, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Seri Azmi Khalid, turut digugurkan. Malah, Perlis yang sebelum ini mempunyai wakil terbesar dari segi peratusan, tidak mendapat satu kerusi pun dalam Kabinet. Bagi mengisi kekosongan itu, Abdullah melantik enam muka baru termasuk seorang tokoh perbankan, Datuk Amirsham A Aziz dan peguam terkemuka, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, manakala lapan timbalan menteri dan dua Setiausaha Parlimen dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh. Amirsham - Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, bertanggungjawab dalam perancangan ekonomi, manakala Mohd Zaid diberi peranan mengubah badan kehakiman. Kedua-duanya dilantik sebagai Menteri di JPM dan mengangkat sumpah sebagai senator petang semalam. Dua ahli politik veteran - bekas Menteri Besar Selangor, Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Ahli Parlimen Johor Bahru yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahrir Abdul Samad turut disenaraikan dalam barisan Kabinet kali ini. Muhammad dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, manakala Shahrir menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. MCA yang kehilangan banyak kerusi Parlimen, masih mendapat empat jawatan menteri, termasuk satu diisi seorang muka baru - Ahli Parlimen Tanjong Malim, Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Tiga lagi diisi timbalan menteri yang dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh. Mereka ialah Datuk Ong Tee Keat dilantik (Pengangkutan), Datuk Dr Ng Yen Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Datuk Liow Tiong Lai (Kesihatan). MIC yang kalah teruk pada pilihan raya lalu, juga masih mendapat satu jawatan menteri, diisi bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr S Subramaniam. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Menteri Sumber Manusia. Gerakan pula tidak mempunyai seorang pun wakil dalam Kabinet. Bagaimanapun, seorang Ahli Parlimen dan seorang senator dari parti itu dilantik sebagai timbalan menteri. Barisan Kabinet kali ini juga menyaksikan hanya dua wanita dilantik sebagai menteri - Datuk Seri Azalina Othman Said yang bertukar portfolio daripada Kementerian Belia dan Sukan ke Kementerian Pelancongan dan Dr Ng, menteri wanita pertama dari MCA. Lima lagi wanita dilantik timbalan menteri. Pentadbiran sebelum ini mempunyai tiga menteri wanita, tiga timbalan menteri dan enam Setiausaha Parlimen. Bekas Setiausaha Parlimen di JPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, yang tidak bertanding pada pilihan raya umum lalu dilantik sebagai Timbalan Menteri di JPM dan turut mengangkat sumpah sebagai senator, petang semalam. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berasingan pula mengumumkan, Abdullah akan melantik Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Penasihat Khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial. Shahrizat tidak disenaraikan dalam barisan Kabinet baru kerana tewas pada pilihan raya umum lalu. Sabah yang kekal sebagai kubu BN, mendapat tambahan dua timbalan menteri menjadikannya empat, selain mengekalkan tiga jawatan menteri - Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Menteri di JPM), Datuk Mohd Shafie Apdal (bertukar portfolio ke Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) dan Datuk Dr Maximus Ongkili (bertukar portfolio ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi). Sarawak mendapat tambahan empat timbalan menteri menjadikannya lapan, manakala jawatan menteri kekal dua - Datuk Peter Chin Fah Kui (Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan Datuk Douglas Uggah Embas (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar). Abdullah yang hanya mengekalkan satu portfolio - Menteri Kewangan, berkata senarai Kabinet baru itu sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pagi semalam. Tujuh menteri mengekalkan portfolio masing-masing, manakala lapan bertukar kementerian. Selain Datuk Seri Najib Razak yang dikekalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, menteri lain yang mengekalkan portfolio masing-masing Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Bernard Dompok Menteri di JPM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri Kewangan II), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Pelajaran), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan) serta Peter Chin (Perusahaan Perladangan dan Komoditi). Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula bertukar ke Menteri Dalam Negeri yang diwujudkan semula dengan menggabungkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Abdullah turut menyerapkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di JPM ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula bertukar portfolio daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Dr Rais Yatim (Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Menteri Luar), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Pengajian Tinggi) dan Datuk Mustapa Mohamed (Pengajian Tinggi kepada Pertanian dan Industri Asas Tani).

Thursday, February 21, 2008

Pelangi yang tak seberapa

Ni namanya puding pelangi. First time buat untuk bawa ke ofis. Oleh kerana first time, tak la cantik sangat..huhuhu. Takpe, lain kali cuba lagi

Sunday, February 17, 2008

Tempahan

Moist Cok. Kek kukus RM28
Moist Cok. Kek Kuskus RM28

RM5 untuk 1 bekas bersaiz Tau Fu Fah
Ini adalah ruangan budget kek.1 biji -+ 1kg RM28 sahaja untuk moist cok kek kukus dengan hiasan cok ganache + badam ranggup + cok rice.Amat sesuai untuk jamuan atau bagi hadiah kawan2/saudara dan dalam bekas tau fu fah rm5.Gambar atas tu rendah sikit keknya sebab untuk makan sendiri. Untuk hiasan selain dari gambar diatas, harganya lain. Jadi, sesuai sangat untuk mereka yg nak budget.


resepi

KEK COKLAT KUKUS

Bahan A1 cawan serbuk koko1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1/2 cawan susu pekat

Bahan B

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder(ayak bersama)

1 sudu teh esen vanila

3 biji telur

Cara-cara:

1.Masak dan cairkan bahan A atas api yang kecil hingga sebati.

2.Sementara masak bahan A, pukul telur hingga kembang.

3.Campur bahan A yang telah masak tadi ke dalam telur yang sudah kembang berserta esen vanila,pukul hingga sebati.

4.Akhir sekali masuk bahan B yang telah diayak bersama-sama,kacau hingga sebati.

5.Masukan ke dalam baking tray dan kukus sekurang-kurangnya 1 jam.

(penutup kukus hendaklah di balut dengan kain bersih)

Topping

coklat masakan secukup rasa

whipping cream atau sedikit butter

Thursday, February 14, 2008

Berpesan antara kita....
SEBELUM TIDUR Tafsir Haqqi) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
  • Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
  • Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  • Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
  • P erbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah mati.

Tuesday, February 12, 2008

kudap-kudapan

antara yang di tempah
Almond Flakes
close up
almond bubble
almond chips

semua ni adalah tempahan dari Poli Perlis. Dah selamat sampai pun 2 minggu lepas. Kebanyakkan berasaskan almond dan coklat. Itulah yang paling mendapat sambutan.

Monday, February 11, 2008

cakes by suri



Tahun baru ni, suri banyak aktiviti membuat kek dan biskut.Biskut untuk kawan2 tempah, kek untuk birthday abah,anak dan nikah sepupu. Mari menjamu mata 'moist coklat kek kukus'.

Tuesday, February 5, 2008

Bertemu Semula

Assalamualaikum....

Setelah sekian lama menyepi, kini saya kembali. Banyak perkara yang berlaku namu tidak sempat untuk update blog ni. Apapun, Alhamdulillah kerana Allah masih izinkan saya bernafas di bumi yang fana ini. Semoga kita sentiasa sihat sejahtera untuk mudah menjalankan tanggungjawap kepadaNya..Amin