Semalam, 14 ogos-Rabu kami NQP telah mendapat berita yang menyedihkan, seorang sahabat telah kembali ke rahmatullah setelah 4 bulan berada pada tahap kritikal.En Mat Ishak hj Sakrani, x staff 013.Disahkan mengidap kanser tulang pada April lepas dan berada pada stage ke 4. Di mana menurut doktor, peluangnya untuk pulih sangat tipis.Kini, arwah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Shah Alam.
Setiap yang hidup pasti akan mati, tiada yang kekal, itulah lumrah kehidupan. Beberapa hari sudah, berita yang menggemparkan masyarakat Malaysia apabila sebuah bas ekspress terbabas dengan mengorbankan 20 orang penumpang.Bila diingat2kan balik, rasa risau juga nak balik kg. Maklumla, bas ekspress lah yang selaluku gunakan tiap2 minggu. Tapi, semua tu sudah ketentuan Allah.Jika tiba masa kita, tengah jln2 pun boleh 'pergi'. Terasa sikit sangat amal yang ada untuk dibawa kesana.Entah2 tiada amal pun dek kerana kena tolak dengan perbuatan buruk yang tak sedar.
Ya Allah, kembalikanlah hambamu ini dalam keadaan islam dan iman,selamatkanlah hambamu ni dan seluruh umat islam dari siksa api neraka. Amin.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah En Mat dan umat islam yang lain.
No comments:
Post a Comment