Wednesday, August 29, 2007

Mengisi masa lapang

blueberry hidden cake
kek kukus coklat moist
mousses durian

Semalam ada orang order 3 biji moist coklat kek dan 1 biji kek chempedak. Dlm satu malam, kena siapkan. Kenalah penat sikit kalau nak cari duit lebih. Apa pun, suri enjoy baking this cakes. Selain tu, ada juga yang nak blueberry hidden kek.Inilah antara kek yang dah di order.
Last sekali tu, cubaan pertama mousses durian.Kek Chempedak, lupa nak amik gambar. Ok, kita enjoy tengok..

what happens when you read the Quraan

Why do we read Quran, even when we can’t understand a single Arabic word??
An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson.
Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quraan.
His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.
One day the grandson asked, “Grandpa, I try to read the Quraan just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book.What good does reading the Quraan do?”
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.”
The boy did as he was told, but all the water leaked
out before he got back to the house. The grandfather
laughed and said, “You’ll have to move a little
faster
next time,” and sent him back to the river with the basket to try again.
This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.
The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just not trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try again.
At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house.
The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.
Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!”
“So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.”
The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.
“Son, that’s what happens when you read the Quraan. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out.

Bacalah Al-quran walaupun satu ayat.

Thursday, August 16, 2007

Perjalanan hidup

Tak sabar rasanya tunggu hari ni.Mana taknya,nak jumpa yang tersayang.Beginilah rutin suri, bas ekspress dan jadi pengankutan utama dalam hidup.Moga perjalananku nanti selamat dengan izin Allah.
Malam tadi sempatla buat 2 biji kek untuk santapan suami dan anak2.Kelmarin ada la bagi tester untuk member ofis sepupu 'moist coklat kek kukus'.Tup2 pagi tadi dapat call dari dia, katanya ada nak order untuk 30 Ogos nanti.Alhamdulillah, rezeki dari Allah.Tapi, buat kek ni ada la gak mencabar jika terlalu asyik dengan novel time kukus tu. Sempatla 2 bekas plastik suri cair akibat air kukusan kering. Itulah bahana jika dah terjebak dengan novel. Moralnya, buat kerja, tumpu pada satu aje. Nak baca novel, time free boleh la.
Itulah rutin suri setakat ini..terima tempahan kek dan hujung minggu, balik kampung. Moga2, akan ada jalan dari Allah agar semua masalahku selesai.

sayang
ku berdoa agar suatu masa kita bersama,
mengharungi suka duga dlm satu keluarga.
walau berat kita merasakan dugaan yang ada,
ketahuilah mereka lebih derita dari apa yang kita rasa.
sayang
sabar dan tabahlah dalam menanti waktu,
tawakkal setelah berusaha, kerana itu tanggungjawap kita.
ku percaya harinya akan tiba
untuk kita kecapi setelah sekian lama.

sabar itu separuh daripada iman...

Wednesday, August 15, 2007

Andai dahi tak mencecah sejadah dunia

Pernahkah kita fikir, apa tujuan hidup di dunia? Kita seharusnya berfikir, bukan sekali sekala..tetapi setiap masa supaya kita tidak lupa dan leka tujuan utama kita berada di bumi Allah ini. Allah telah turunkan kita di sini sebagai khalifah, sebagai hamba untuk kita beribadat dan mentadbir dunia ini dengan sebaiknya. Dunia adalah jambatan untuk kita ke Alam Akhirat. Baik di dunia, baiklah kita di sana.


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
(dipetik dari email yang diterima.Thanks)

Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Tuesday, August 14, 2007

Pergi tak kembali

Semalam, 14 ogos-Rabu kami NQP telah mendapat berita yang menyedihkan, seorang sahabat telah kembali ke rahmatullah setelah 4 bulan berada pada tahap kritikal.En Mat Ishak hj Sakrani, x staff 013.Disahkan mengidap kanser tulang pada April lepas dan berada pada stage ke 4. Di mana menurut doktor, peluangnya untuk pulih sangat tipis.Kini, arwah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Shah Alam.
Setiap yang hidup pasti akan mati, tiada yang kekal, itulah lumrah kehidupan. Beberapa hari sudah, berita yang menggemparkan masyarakat Malaysia apabila sebuah bas ekspress terbabas dengan mengorbankan 20 orang penumpang.Bila diingat2kan balik, rasa risau juga nak balik kg. Maklumla, bas ekspress lah yang selaluku gunakan tiap2 minggu. Tapi, semua tu sudah ketentuan Allah.Jika tiba masa kita, tengah jln2 pun boleh 'pergi'. Terasa sikit sangat amal yang ada untuk dibawa kesana.Entah2 tiada amal pun dek kerana kena tolak dengan perbuatan buruk yang tak sedar.
Ya Allah, kembalikanlah hambamu ini dalam keadaan islam dan iman,selamatkanlah hambamu ni dan seluruh umat islam dari siksa api neraka. Amin.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah En Mat dan umat islam yang lain.

Monday, August 13, 2007

Kita hanya merancang

Dah lama plan nak melawat 'midah'. Ingatkan,sabtu lepas, dapat la pergi.Mana nak tahu, ada masalah lain pula.Tunggu member reply msg, sampai ke petang duk rumah aje.Last2, tak jadi pergi. So, Sabtu lepas just stay di rumah aje.Tanpa di rancang,ingatkan Ahad nak la buat Kek Lapis Cempedak,tapi dah ke lain pula. Apa2 kek pun tak jadi.Tepat jam 12 tengahari, kakak sepupu datang ke rumah nak rehat2 sebelum kami plan na ke jalan TAR.So, sampai je di Semua House, kami pergi ke 'Jakel' yang terkenal sekarang.Baru buka, sebabtu la glamor. Sempatla ambil 2 pasang kain. Apa pun,hari tu takla boring kerana ada member untuk borak2 di hujung minggu. Jika tidak, rugi je 2 hari duk saja2. Lebih baik balik Kuantan dari melanguk depan TV..

Friday, August 10, 2007

Kenalan lama

Seperti biasa,kawan-kawan ofis tau,yang suri sering balik kampung pada hujung minggu.Tapi hari ini, suri akan di KL untuk ziarah kawan yang baru bersalin.Lama tak jumpa dia.Hamidah.. semoga bertambah sihat dan berbahagia dengan kehadiran cahaya mata pertama.Banyak kenangan kami di PSA.Bila dikenang kembali, terasa rindu untuk kembali ke zaman dahulu.
Politeknik Shah Alam, di situ bermulanya cinta..hehehe... cinta kepada semua...
satu kenangan..
Teman,
kau hadir tanpaku pinta, satu kelas, satu bahasa.
Dialah posmanku, dan aku jualah posmennya,
Banyak cerita telah kita kongsi bersama.
Namun apakan daya, kau pergi tanpaku duga, segala yang terjadi tanpa diminta.
Itulah Subuh terakhirku melihat kelibatmu.Sedih dan pilu...
Hanya satu,damai dan tenanglah kamu disana.
jasa baikmu tidak pernahku lupa.Terima kasih, teman.
Hanya kepada Allah, ku doakan moga kau sejahtera.
Al-Fatihah untuk arwah Maaz Ahmad.

setiap yang datang akan pasti pergi.Hidup di dunia,tiada yang abadi.Segala-galanya kepunyaan Ilahi..