Sunday, February 17, 2008

Tempahan

Moist Cok. Kek kukus RM28
Moist Cok. Kek Kuskus RM28

RM5 untuk 1 bekas bersaiz Tau Fu Fah
Ini adalah ruangan budget kek.1 biji -+ 1kg RM28 sahaja untuk moist cok kek kukus dengan hiasan cok ganache + badam ranggup + cok rice.Amat sesuai untuk jamuan atau bagi hadiah kawan2/saudara dan dalam bekas tau fu fah rm5.Gambar atas tu rendah sikit keknya sebab untuk makan sendiri. Untuk hiasan selain dari gambar diatas, harganya lain. Jadi, sesuai sangat untuk mereka yg nak budget.


resepi

KEK COKLAT KUKUS

Bahan A1 cawan serbuk koko1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1/2 cawan susu pekat

Bahan B

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder(ayak bersama)

1 sudu teh esen vanila

3 biji telur

Cara-cara:

1.Masak dan cairkan bahan A atas api yang kecil hingga sebati.

2.Sementara masak bahan A, pukul telur hingga kembang.

3.Campur bahan A yang telah masak tadi ke dalam telur yang sudah kembang berserta esen vanila,pukul hingga sebati.

4.Akhir sekali masuk bahan B yang telah diayak bersama-sama,kacau hingga sebati.

5.Masukan ke dalam baking tray dan kukus sekurang-kurangnya 1 jam.

(penutup kukus hendaklah di balut dengan kain bersih)

Topping

coklat masakan secukup rasa

whipping cream atau sedikit butter

3 comments:

jem@ri men@ri.. said...

aduhhhh..sdpnye..leleh liur melihatnye..huhu..kenyang tgk je la..sedey..ehehe

permatasuri said...

jangan sedih..banyak orang jual kat sana.Tak pun, leh belajar buat sendiri..

BiSkUtZ LeMaU said...

salam ziarah..
sy nak bagi msg kat ruan cbox tapi x leh nak work out plak..
so.. bagi msg kat sini jer lah yer..
tq sudi lawat ke blog sy..
der mase dtglah lagi yer..
pergh.. sedapnye tgk kek tu..
keliuh btul.. (^__^)