Thursday, August 16, 2007

Perjalanan hidup

Tak sabar rasanya tunggu hari ni.Mana taknya,nak jumpa yang tersayang.Beginilah rutin suri, bas ekspress dan jadi pengankutan utama dalam hidup.Moga perjalananku nanti selamat dengan izin Allah.
Malam tadi sempatla buat 2 biji kek untuk santapan suami dan anak2.Kelmarin ada la bagi tester untuk member ofis sepupu 'moist coklat kek kukus'.Tup2 pagi tadi dapat call dari dia, katanya ada nak order untuk 30 Ogos nanti.Alhamdulillah, rezeki dari Allah.Tapi, buat kek ni ada la gak mencabar jika terlalu asyik dengan novel time kukus tu. Sempatla 2 bekas plastik suri cair akibat air kukusan kering. Itulah bahana jika dah terjebak dengan novel. Moralnya, buat kerja, tumpu pada satu aje. Nak baca novel, time free boleh la.
Itulah rutin suri setakat ini..terima tempahan kek dan hujung minggu, balik kampung. Moga2, akan ada jalan dari Allah agar semua masalahku selesai.

sayang
ku berdoa agar suatu masa kita bersama,
mengharungi suka duga dlm satu keluarga.
walau berat kita merasakan dugaan yang ada,
ketahuilah mereka lebih derita dari apa yang kita rasa.
sayang
sabar dan tabahlah dalam menanti waktu,
tawakkal setelah berusaha, kerana itu tanggungjawap kita.
ku percaya harinya akan tiba
untuk kita kecapi setelah sekian lama.

sabar itu separuh daripada iman...

No comments: