Thursday, February 21, 2008

Pelangi yang tak seberapa

Ni namanya puding pelangi. First time buat untuk bawa ke ofis. Oleh kerana first time, tak la cantik sangat..huhuhu. Takpe, lain kali cuba lagi

Sunday, February 17, 2008

Tempahan

Moist Cok. Kek kukus RM28
Moist Cok. Kek Kuskus RM28

RM5 untuk 1 bekas bersaiz Tau Fu Fah
Ini adalah ruangan budget kek.1 biji -+ 1kg RM28 sahaja untuk moist cok kek kukus dengan hiasan cok ganache + badam ranggup + cok rice.Amat sesuai untuk jamuan atau bagi hadiah kawan2/saudara dan dalam bekas tau fu fah rm5.Gambar atas tu rendah sikit keknya sebab untuk makan sendiri. Untuk hiasan selain dari gambar diatas, harganya lain. Jadi, sesuai sangat untuk mereka yg nak budget.


resepi

KEK COKLAT KUKUS

Bahan A1 cawan serbuk koko1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1/2 cawan susu pekat

Bahan B

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder(ayak bersama)

1 sudu teh esen vanila

3 biji telur

Cara-cara:

1.Masak dan cairkan bahan A atas api yang kecil hingga sebati.

2.Sementara masak bahan A, pukul telur hingga kembang.

3.Campur bahan A yang telah masak tadi ke dalam telur yang sudah kembang berserta esen vanila,pukul hingga sebati.

4.Akhir sekali masuk bahan B yang telah diayak bersama-sama,kacau hingga sebati.

5.Masukan ke dalam baking tray dan kukus sekurang-kurangnya 1 jam.

(penutup kukus hendaklah di balut dengan kain bersih)

Topping

coklat masakan secukup rasa

whipping cream atau sedikit butter

Thursday, February 14, 2008

Berpesan antara kita....
SEBELUM TIDUR Tafsir Haqqi) Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
  • Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
  • Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  • Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
  • P erbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah mati.

Tuesday, February 12, 2008

kudap-kudapan

antara yang di tempah
Almond Flakes
close up
almond bubble
almond chips

semua ni adalah tempahan dari Poli Perlis. Dah selamat sampai pun 2 minggu lepas. Kebanyakkan berasaskan almond dan coklat. Itulah yang paling mendapat sambutan.

Monday, February 11, 2008

cakes by suri



Tahun baru ni, suri banyak aktiviti membuat kek dan biskut.Biskut untuk kawan2 tempah, kek untuk birthday abah,anak dan nikah sepupu. Mari menjamu mata 'moist coklat kek kukus'.

Tuesday, February 5, 2008

Bertemu Semula

Assalamualaikum....

Setelah sekian lama menyepi, kini saya kembali. Banyak perkara yang berlaku namu tidak sempat untuk update blog ni. Apapun, Alhamdulillah kerana Allah masih izinkan saya bernafas di bumi yang fana ini. Semoga kita sentiasa sihat sejahtera untuk mudah menjalankan tanggungjawap kepadaNya..Amin