Thursday, September 13, 2007

Gempa Bumi di Sumatera

Earthquake Information
A strong earthquake has occurred with these preliminary parameters:
Time of Occurrence : 7.49 am on 13 September 2007
Coordinates : 3.0 South 101.0 East
Location : Southern Sumatera, 160km Northwest of Bengkulu,Indonesia. 584km Southwest of Johor Bahru.
Magnitude : 6.8 on Richter scale

Dekat ofis semalam Menara Naluri ada rasa gegaran.Habis semua staff keluar dari bangunan.Manalah tau kot2 ada apa2 berlaku,kan.Termasuklah KLCC, dan bangunan tinggi di area sini.

APA HARUS ANDA LAKUKAN SEMASA BERLAKU GEMPA BUMI

Sekiranya anda di dalam bangunan

  • Tinggal kekal di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Begerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
  • Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan bergulung boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh
  • Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.
  • Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.Padamkan semua api

Sekiranya anda di luar bangunan

  • Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok,bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik yang jatuh.
  • Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

Sekiranya di dalam stor yang sesak

  • Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.
    Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.


Sekiranya di dalam bangunan tinggi

  • Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
  • Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain.Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
    Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.
  • Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan

  • Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca,
    kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.
    Sekiranya di dalam kereta yang bergerak
  • Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.
  • Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan akan mengayak di atas spring semasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang selamat untuk menilai situasi anda.
    Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

OLEH : USTAZ ASMUNGI B.HAJI MOHD SIDEK (Bekas Ketua Penolong Pengarah Bhg. Undang-Undang Syariah JAIS)
Bismillahirohmannirrohim.

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikindan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dlmnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)Kelebihan Bulan Ramadhan

Kelebihan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dr siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelumberbuka puasa.- juga doa pada sepertiga malam.
10) 10hari pertama mulanya rahmat, 10hari kedua,pengampunan dan 10hari terakhir, bebas dar iapi neraka.

Amalan2 di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dpt bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pd malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramall solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah dimasjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yg panjang - Baca ayat akhir surah Al Baqarah - Baca ayat Kursi - Baca surah Yaasin - Baca surah Al Zalazah - Baca surah Al Qafirun - Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi org yg kuat dan cergas - Bangunkan isteri dan anak - Mandi - Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

Wallahua'llam.